KEB 2024 titik tolak lonjakan ekonomi bumiputera – PM

KONGRES Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) menjadi antara agenda penting Kerajaan MADANI.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia penting bagi merombak dan melonjak pembangunan sosioekonomi bumiputera secara menyeluruh supaya berkembang maju secara progresif dan inovatif.

“Menjadi harapan kerajaan supaya kongres ini berjaya mengumpul idea bernas dan menjadi titik tolak kepada perencanaan Agenda Baharu Pemerkasaan Bumiputera untuk tempoh 10 tahun akan datang,” katanya dalam hantaran di Facebook.

KEB 2024 akan berlangsung dari 29 Februari hingga 2 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya.

Semalam, Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Ekonomi Bumiputera yang membincangkan dengan teliti kerangka perjalanan KEB 2024.

Anwar berkata, selari dengan konsep dasar dan penyertaan yang merentasi dimensi kaum, mesyuarat turut mendengar pandangan wakil Dewan Perniagaan Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah serta Sarawak. – HELLO MALAYSIA

Menarik Seterunya

Berita Terkini