Pegawai KPM tidak bersyukur, persenda PM umum kenaikan gaji 

MESKIPUN bakal menerima kenaikan gaji Disember depan, namun masih terdapat penjawat awam tidak bersyukur dan mempersendakan berita baik yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Perkara itu dikesan dalam satu komen di Facebook oleh seorang pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang secara terbuka mempersendakan pengumuman kenaikan gaji untuk penjawat awam.

Komen milik seorang Penolong Pengarah di KPM yang bernama Adlina Awang itu telah menasihati golongan pendidik agar tidak terlalu gembira dengan pengumuman Perdana Menteri itu.

“Jangan terlalu gembira cikgu. Bimbang nanti takut ada perubahan di kemudian hari,” tulisnya di kumpulan Facebook Kami Guru Malaysia.

Dia kemudian berkata, kenaikan gaji pada Disember itu sebagai lambat lagi.

“Macam-macam boleh jadi dengan negara kita ni,” tulisnya lagi.

Adlina juga dalam satu responnya berseloroh “ulam pun boleh” sebagai reaksi terhadap komentar Azri Zakaria yang berbunyi, “Saya ulamm ke”.

Semakan Hello Malaysia mendapati Adlina juga merupakan seorang guru berdasarkan maklumat di blog ‘Cikgu Adlina’ dengan Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka menjadi tempat pertama khidmatnya bermula tahun 2005.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan kadar kenaikan gaji serta gaji minimum bagi penjawat awam ketika berucap pada majlis sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Kadar kenaikan gaji melebihi 13 peratus selepas 12 tahun tidak disemak itu adalah peningkatan tertinggi yang akan dilaksanakan bermula Disember ini. – HELLO MALAYSIA

Menarik Seterunya

Berita Terkini