Johari, Dzulkefli, Gobind kembali ke Kabinet 

TIGA bekas menteri Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Seri Johari Ghani dan Gobind Singh Deo kembali menganggotai Jemaah Menteri dalam rombakan pertama di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang mengumumkan rombakan itu berkata, Dr Dzulkefly dari Amanah mengambil alih portfolio Kementerian Kesihatan daripada Dr Zaliha Mustafa. Ahli Parlimen Kuala Selangor itu pernah memegang jawatan itu dari 2018 hingga 2020.

Johari, Ahli Parlimen Titiwangsa pula dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi yang sebelum ini disandang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Naib presiden Umno itu pernah memegang jawatan menteri kewangan kedua dari 2016 hingga 2018.

Sementara itu, Gobind, Ahli Parlimen Damansara dilantik Menteri Digital. -HELLO MALAYSIA

Menarik Seterunya

Berita Terkini